Saturday, July 26, 2008

usah kau melupakannya begitu sahaja

USAH KAU MELUPAKANNYA BEGITU SAHAJA
JIKA DIA DILUPAKAN APA YANG KITA ADA UNTUK DIBANGGAKAN KEPADA DUNIA
JANGAN SESEKALI LUPAKANNYA
WALAUPUN APA SAJA DUNIA HENDAK KATA
BUDAYA KITA, BAHASA KITA, HARUS DIBANGGAKAN DIPERSADA DUNIA...

Thursday, July 24, 2008

Pengalaman bermain permainan Congkak



Pengalaman yang saya ingin berkongsi kali ini adalah ketika saya bermain congkak bersama adik bongsu saya yang hanya 6 tahun. Saya telah mengajarnya bagaimana hendak bermain congkak walaupun umurnya hanya 6 tahun ketika itu. Dan saya tidak sangka bahawa dia juga amat minat bermain permainan ini. Saya tidak boleh menafikan bahawa saya juga amat suka bermain congkak jikalau saya ada masa terluang. Kadang-kala saya juga bermain dengan nenek saya, dan masa itulah dia akan mengajar saya teknik-teknik atau selok belok yang bijak untuk menang dalam permainan ini. Saya harus kata bahawa saya lebih gemar bermain congkak daripada permainan-permainan yang lain. Pada pendapat saya, pengalaman bermain congkak adalah lebih menarik dibandingkan dengan bermain permainan-permainan seperti X-BOX.

Ini adalah gambar-gambar ketika saya bermain congkak dengan adik bongsu saya. (:

Wednesday, July 23, 2008

Pengalaman bermain permainan GASING!




Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika bermain permainan Gasing. Pengalaman yang saya akan menceritakan adalah ketika saya bermain Gasing buat kali pertama. Pada saat ini, saya masih boleh imbas kembali dengan jelas bagaimana reaksi saya apabila hendak belajar bermain Gasing. Perasaan saya sudah sememangnya ghairah kerana hendak mencuba bermain permainan yang baharu. Apabila datuk saya mengajar bagaimana hendak ''melemparkan'' gasing itu, saya sememangnya tidak faham langsung. Jadi, saya saja lemparkan gasing itu seakan-akan dengan caranya. Pada kali pertama memanglah gasing itu tidak berputar tetapi tercampak di dalam longkang. Memanglah malu pada mulanya tetapi apa salahnya mencuba kerana selepas saya mencuba dua tiga kali, saya dapat memutarkan gasing itu. Selepas bermain untuk satu jam, saya harus pulang kerana hari sudah senja pada ketika itu, lalu saya dan seluruh keluarga saya pulang ke rumah Pak Long saya. Walaubagaimanapun, saya tidak pulang dengan tangan kosong tetapi dengan gasing yang dibuat oleh Tok Ali. Alangkah seronoknya dapat membawa pulang gasing itu, walaupun kecil, saya masih menghargainya.
Saya akan cuba sisipkan gambar itu. :)

Tuesday, July 22, 2008

Kenapa permainan CONGKAK patut dilestarikan

Pada ketika ini, saya yakin permainan Congkak ini masih dikenali oleh sesetangah anak-anak muda Melyu Singapura kerana permainan ini agak senang untuk dimain. Bagi saya, permainan ini harus menjadi salah satu permainan melayu yang harus dilestarikan kerana permainan ini amat popular atau amat digemari oleh orang-orang Melayu suatu ketika dahulu. Walaupun lebih ramai wanita yang lebih gemari bermain permainan ini dibandingkan dengan lelaki, ada sesetengah lelaki yang lebih handal bermain congkak. Seperti contoh, ayah saya lebih tahu bermain congkak daripada ibu saya. Dan pada pandangan saya, tidak mustahil jikalau zaman moden dan serba canggih ini, remaja ataupun pelajar-pelajar melayu khususnya tidak gemar dalam permainan ini.

Monday, July 21, 2008

Kenapa permainan GASING patut dilestarikan

Pada pendapat saya, permainan GASING patut dilestarikan kerana bagi saya, permainan tradisional seperti gasing patut dilestarikan supaya generasi-generasi muda tidak lupa tentang permainan-permainan tradisional yang pernah dimain oleh nenek moyang mereka dahulu. Permainan tradisional seperti gasing boleh menjadi permainan yang dipilih oleh ramai remaja atau anak muda Singapura jikalau permainan ini menarik perhatian mereka. Pada pendapat saya sebagai seorang remaja, ada permainan tradisional yang boleh dimain pada zaman ini tetapi mungkin sekarang tiada orang yang berpengalaman yang ingin menerangkan apa permainan itu dengan tuntasnya.

Sunday, July 20, 2008

Bahan-bahan yang perlu ada

GASING

Bahan-bahan yang harus ada ketika bermain gasing adalah gasing yang hendak dimain dan tali. Di dalam permainan gasing, saya tidak perlu bahan-bahan yang banyak untuk bermain gasing. Sebab itulah, saya juga tertarik kepada permainan ini kerana tidak ada banyak bahan yang harus diperlukan.

Saturday, July 19, 2008

Bahan-bahan yang harus ada

CONGKAK

Didalam permainan congkak, kita tidak perlu banyak bahan. Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah papan congkak itu dan juga buah guli. Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan buah guli ataupun siput yang kecil kerana lebih selesa menggambilnya daripada lubang-lubang yang agak kecil didalam papan congkak itu.





Tuesday, July 15, 2008

Kenapa Saya Memilih Permainan-Permainan ini


Mungkin ada rakan-rakan saya yang berfikir kenapa saya memilih permainan gasing dan congkak. Pertama sekali, saya amat gemar bermain congkak. Saya bermula bermain congkak ketika saya darjah satu. Ini kerana saya tinggal bersama-sama dengan nenek dan datuk saya. Jadi, jangan hairan jika saya amat suka bermain congkak. Kedua, nenek saya yang menjadi sebab kedua saya ''jatuh cinta'' kepada permainan-permainan tradisional selain daripada permainan congkak dan gasing. Sejak saya kecil, nenek selalu akan menceritakan bagaimana dia meluangkan masanya dengan bermain permainan sebegini dan akan menceritakan pengalamannya bermain. Jangan gusar, saya akan berkongsi ceritanya akan datang, jadi tunggu, ya!

Tentang gasing pula, panjang ceritanya tetapi saya pendekkan. Sebenarnya saya mula ''jatuh cinta'' pada permainan ini apabila saya pulang kampung tahun lepas. Saya telah menziarahi moyang saya. Moyang saya masih mempunyai seorang adik yang saya memanggilnya ''Tuk Ali''. Untuk pengetahuan semua, dia boleh membuat gasing. Dan yang pasti dia memang arif dalam permainan ini. Dia telah mengajar saya dan sepupu-sepupu saya bermain gasing. Walaupun sekarang mungkin saya sudah boleh bermain gasing, saya masih tidak cekap dimata orang-orang yang arif dalam permainan tradisional ini.

Saya akan mengongsi pengalaman dan cerita-cerita saya pada masa hadapan, kelak! Insya-Allah. (=

Tuesday, July 8, 2008

Cara-cara permainan tradisional itu dimainkan

Gasing

Melilit tali


Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

Melilit gasing


Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing gasing


Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

Memangkah gasing


Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah totok


Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah hentak


Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah layang


Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkah tebang


Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat gasing



Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

[sumber ini didapati di wikipedia]

Cara-cara permainan tradisional itu dimainkan

CONGKAK

  • Dalam permainan ini, hanya dua orang sahaja boleh bermain. Dua orang ini lan duduk berhadapan menghadap papan congkak itu. Permainan akan bermula secara serentak mengambil buah-buah atau guli di kampung atau rumah masing-masing. Mereka harus memasukkan buah atau guli satu demi satu di dalam lubang rumah atau kampungdengan pengerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

  • Gerakan akan diteruskan sehingga guli atau buah terakhir dimasukkan dalam kampung atau rumah kosong di dalam kampung kosong di kawasan permain tiu sendirir ataupun kampung lawanya itu. Namun jika buah atau guli itu jatuh ke dalam kampung sendiri dia harus berhenti.
    Pemain boleh ''menembak'''kampung'' lawannya yang setentang dengan kampung atau rumahnya iaitu mengaut buah atau guli di dalam kampung tersebut.
    Pihak lawannya mengambil giliran untuk bermian. Prosedurnya sama. Mereka harus bermain hinggalah guli atau buahnya mati.

  • Setelah tamat permainan itu, setiap permain itu harus kira berapa guli atau buah yang ada di kampungnya. Sesiapa yang ada lebih, dia yang juara.

Asal Usul & Sejarah

GASING

Permainan tradisional ini dimain oleh orang-orang Melayu dahulu. Dahulu, mereka akan selalunya bermain selepas musim menuai. Pertandingan akan selalunya diadakan antara kampung. Selalunya pemenang itu akan dipilih berdasarkan putaran gasing yang paling lama. Permainan ini boleh dimainkan ramai-ramai dan tiada had umur ataupun jantina. Walaubagaimana pun, gasing yang lebih berat akan selalunya dimain oleh orang-orang lelaki sahaja.

Wednesday, July 2, 2008

Asal Usul & Sejarah Permainan Tradisional


Permainan Tradisional

Permainan Tradisional yang saya telah memilih untuk membuat kajian adalah gasing dan congkak. Saya telah memilih dua permainan ini kerana pada pendapat saya ramai pelajar-pelajar termasuk saya tidak begitu tahu permainan-permainan ini.

Asal Usul & Sejarah

CONGKAK
Congkak hanya boleh dimain oleh dua orang. Permainan congkak ini juga dimain di negara-negara jiran seperti Malaysia, dan Borneo seperti Brunie Darussalam. Permainan Congkak ini dahulunya berasal dari Negeri Melaka. Permainan ini dapat dikenali ramai kerana pada masa itu Negeri Melaka adalah sebuah negeri perdagangan. Dari situ permainan ini dapat disebar ke suluruh negara-negara jiran.



Friday, June 27, 2008

Pertandingan Blogging 2008

Perasaan dan Reaksi

Saya rasa ghairah, gembira dan tidak sabar untuk memulakan tugas yang telah diberikan oleh guru sebentar tadi disekolah. Tugas yang guru bahasa saya telah berikan adalah untuk menkaji tentang permainan tradisional. Pada pendapat saya topik ini amat sesuai kerana pada zaman ini generasi-generasi muda sudah mula melupakan permainan-permainan yang dahalunya dimain oleh nenek datuk mereka dahulu. Saya tidak menyalahkan generasi muda sekarang ini kerana sekarang mereka gemar bermainan permainan seperti X-BOX ataupun PSP.

Walaubagaimanapun, saya berharap dalam tugasan ataupun kajian saya nanti akan dapat memberi mesej kepada rakan-rakan saya, yang tidak begitu berminat dengan permainan tradisional supaya mendapatkan idea bahawa permainan tradisional juga sehebat seperti permainan terkini.

Langkah-langkah yang saya telah ambil untuk membuat blog adalah pertama kita harus membuat akaun e-mail yang baharu. Kemudian saya telah membuat blog di lelaman blogger ini. Semasa saya membuat blog saya telah mengahadapi banyak rintangan kerana talian internet di sekolah saya terganggu. Walaubagaimana pun, guru-guru telah memberi saya waktu untuk habiskan penulisan blog di rumah.