Wednesday, July 23, 2008

Pengalaman bermain permainan GASING!




Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika bermain permainan Gasing. Pengalaman yang saya akan menceritakan adalah ketika saya bermain Gasing buat kali pertama. Pada saat ini, saya masih boleh imbas kembali dengan jelas bagaimana reaksi saya apabila hendak belajar bermain Gasing. Perasaan saya sudah sememangnya ghairah kerana hendak mencuba bermain permainan yang baharu. Apabila datuk saya mengajar bagaimana hendak ''melemparkan'' gasing itu, saya sememangnya tidak faham langsung. Jadi, saya saja lemparkan gasing itu seakan-akan dengan caranya. Pada kali pertama memanglah gasing itu tidak berputar tetapi tercampak di dalam longkang. Memanglah malu pada mulanya tetapi apa salahnya mencuba kerana selepas saya mencuba dua tiga kali, saya dapat memutarkan gasing itu. Selepas bermain untuk satu jam, saya harus pulang kerana hari sudah senja pada ketika itu, lalu saya dan seluruh keluarga saya pulang ke rumah Pak Long saya. Walaubagaimanapun, saya tidak pulang dengan tangan kosong tetapi dengan gasing yang dibuat oleh Tok Ali. Alangkah seronoknya dapat membawa pulang gasing itu, walaupun kecil, saya masih menghargainya.
Saya akan cuba sisipkan gambar itu. :)

1 comment:

Unknown said...

Usaha tangga kejayaan chaiyok👌👍👍🤩🤩