Tuesday, July 15, 2008

Kenapa Saya Memilih Permainan-Permainan ini


Mungkin ada rakan-rakan saya yang berfikir kenapa saya memilih permainan gasing dan congkak. Pertama sekali, saya amat gemar bermain congkak. Saya bermula bermain congkak ketika saya darjah satu. Ini kerana saya tinggal bersama-sama dengan nenek dan datuk saya. Jadi, jangan hairan jika saya amat suka bermain congkak. Kedua, nenek saya yang menjadi sebab kedua saya ''jatuh cinta'' kepada permainan-permainan tradisional selain daripada permainan congkak dan gasing. Sejak saya kecil, nenek selalu akan menceritakan bagaimana dia meluangkan masanya dengan bermain permainan sebegini dan akan menceritakan pengalamannya bermain. Jangan gusar, saya akan berkongsi ceritanya akan datang, jadi tunggu, ya!

Tentang gasing pula, panjang ceritanya tetapi saya pendekkan. Sebenarnya saya mula ''jatuh cinta'' pada permainan ini apabila saya pulang kampung tahun lepas. Saya telah menziarahi moyang saya. Moyang saya masih mempunyai seorang adik yang saya memanggilnya ''Tuk Ali''. Untuk pengetahuan semua, dia boleh membuat gasing. Dan yang pasti dia memang arif dalam permainan ini. Dia telah mengajar saya dan sepupu-sepupu saya bermain gasing. Walaupun sekarang mungkin saya sudah boleh bermain gasing, saya masih tidak cekap dimata orang-orang yang arif dalam permainan tradisional ini.

Saya akan mengongsi pengalaman dan cerita-cerita saya pada masa hadapan, kelak! Insya-Allah. (=

No comments: