Pengalaman yang saya ingin berkongsi kali ini adalah ketika saya bermain congkak bersama adik bongsu saya yang hanya 6 tahun. Saya telah mengajarnya bagaimana hendak bermain congkak walaupun umurnya hanya 6 tahun ketika itu. Dan saya tidak sangka bahawa dia juga amat minat bermain permainan ini. Saya tidak boleh menafikan bahawa saya juga amat suka bermain congkak jikalau saya ada masa terluang. Kadang-kala saya juga bermain dengan nenek saya, dan masa itulah dia akan mengajar saya teknik-teknik atau selok belok yang bijak untuk menang dalam permainan ini. Saya harus kata bahawa saya lebih gemar bermain congkak daripada permainan-permainan yang lain. Pada pendapat saya, pengalaman bermain congkak adalah lebih menarik dibandingkan dengan bermain permainan-permainan seperti X-BOX.
Ini adalah gambar-gambar ketika saya bermain congkak dengan adik bongsu saya. (:
Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ketika bermain permainan Gasing. Pengalaman yang saya akan menceritakan adalah ketika saya bermain Gasing buat kali pertama. Pada saat ini, saya masih boleh imbas kembali dengan jelas bagaimana reaksi saya apabila hendak belajar bermain Gasing. Perasaan saya sudah sememangnya ghairah kerana hendak mencuba bermain permainan yang baharu. Apabila datuk saya mengajar bagaimana hendak ''melemparkan'' gasing itu, saya sememangnya tidak faham langsung. Jadi, saya saja lemparkan gasing itu seakan-akan dengan caranya. Pada kali pertama memanglah gasing itu tidak berputar tetapi tercampak di dalam longkang. Memanglah malu pada mulanya tetapi apa salahnya mencuba kerana selepas saya mencuba dua tiga kali, saya dapat memutarkan gasing itu. Selepas bermain untuk satu jam, saya harus pulang kerana hari sudah senja pada ketika itu, lalu saya dan seluruh keluarga saya pulang ke rumah Pak Long saya. Walaubagaimanapun, saya tidak pulang dengan tangan kosong tetapi dengan gasing yang dibuat oleh Tok Ali. Alangkah seronoknya dapat membawa pulang gasing itu, walaupun kecil, saya masih menghargainya. Saya akan cuba sisipkan gambar itu. :)
Pada ketika ini, saya yakin permainan Congkak ini masih dikenali oleh sesetangah anak-anak muda Melyu Singapura kerana permainan ini agak senang untuk dimain. Bagi saya, permainan ini harus menjadi salah satu permainan melayu yang harus dilestarikan kerana permainan ini amat popular atau amat digemari oleh orang-orang Melayu suatu ketika dahulu. Walaupun lebih ramai wanita yang lebih gemari bermain permainan ini dibandingkan dengan lelaki, ada sesetengah lelaki yang lebih handal bermain congkak. Seperti contoh, ayah saya lebih tahu bermain congkak daripada ibu saya. Dan pada pandangan saya, tidak mustahil jikalau zaman moden dan serba canggih ini, remaja ataupun pelajar-pelajar melayu khususnya tidak gemar dalam permainan ini.
Pada pendapat saya, permainan GASING patut dilestarikan kerana bagi saya, permainan tradisional seperti gasing patut dilestarikan supaya generasi-generasi muda tidak lupa tentang permainan-permainan tradisional yang pernah dimain oleh nenek moyang mereka dahulu. Permainan tradisional seperti gasing boleh menjadi permainan yang dipilih oleh ramai remaja atau anak muda Singapura jikalau permainan ini menarik perhatian mereka. Pada pendapat saya sebagai seorang remaja, ada permainan tradisional yang boleh dimain pada zaman ini tetapi mungkin sekarang tiada orang yang berpengalaman yang ingin menerangkan apa permainan itu dengan tuntasnya.
GASING Bahan-bahan yang harus ada ketika bermain gasing adalah gasing yang hendak dimain dan tali. Di dalam permainan gasing, saya tidak perlu bahan-bahan yang banyak untuk bermain gasing. Sebab itulah, saya juga tertarik kepada permainan ini kerana tidak ada banyak bahan yang harus diperlukan.
CONGKAK Didalam permainan congkak, kita tidak perlu banyak bahan. Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah papan congkak itu dan juga buah guli. Bagi saya, saya lebih gemar menggunakan buah guli ataupun siput yang kecil kerana lebih selesa menggambilnya daripada lubang-lubang yang agak kecil didalam papan congkak itu.